Penjelasan Pakar Tentang Punca Penyakit yang Sering Diabaikan
Pening memikirkan..."Kenapa aku kena hadapi penyakit nie ?" - kata hati anda.
Macam-macam ubat telah dicuba. Ikhtiar rawatan terapi pun telah dicuba. Banyak duit telah dilaburkan hanya untuk merawat penyakit yang seperti sukar untuk sembuh.
"Kenapa ?" - tanya hati anda.
Tahukah anda selain faktor pemakanan dan keturunan yang biasa kebanyakan masyarakat ketahui, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada punca penyakit sebenarnya.
Menurut Profesor Muslim dari negara matahari terbit iaitu Jepun, mereka telah berjaya membuat kajian tentang punca penyakit manusia. Mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat 4 faktor utama yang menjadi punca penyakit iaitu...
- Spiritual - 50%
- Psikologi - 25%
- Sosial - 15%
- Fizikal - 10%
Jika dilihat dari senarai di atas, faktor spiritual menyumbang punca tertinggi punca penyakit manusia.
Hasil dari kajian tersebut Profesor telah menyenaraikan 7 penyakit beserta punca seperti mana yang dikongsikan di bawah ini.
- Penyakit Angin Di Perut - Contohnya seperti gerd, sakit ulu hati, perut kembung, appendiks, ulser perut dan lain-lain penyakit dari perut bukan hanya disebabkan kesalahan pola makan, tetapi lebih kepada kerana stress atau jiwa tertekan.
- Darah Tinggi - bukan hanya diakibatkan oleh telalu banyak mengambil makanan yang masin, tetapi kerana bepunca dari masalah mengurus emosi. Emosi cepat marah, mudah sakit hati dan lain-lain berkaitan masalah emosi.
- Kolesterol Tinggi- bukan hanya disebabkan oleh makanan berlemak, tetapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.
- Asthma - bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuatkan kerja paru-paru tidak stabil.
- Diabetes - bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang menggangu fungsi pankreas.
- Penyakit Liver (Hati) - bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tetapi sikap suuzon (sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.
- Penyakit Jantung - bukan hanya disebabkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tetapi disebabkan jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupan jantung tidak stabil.
" Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-keselahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah" - Surah As-Syuura 42 : 30~31.
Apakah Solusinya ?
Sekurang-kurang kita cuba ikhtiar dengan cara lain yang lebih berkesan seperti perbaiki diri kita, fikiran kita terutama hati kita. Perbaiki penyakit hati seperti iri hati, dengki, berdendam, fitnah, benci, amarah terpendam, sombong, egois, keras kepala, sedih, malas, kedekut dan lain-lain penyakit hati.
Perbanyakkan doa dan mudah memaafkan. Lembutkan hati dan ikhlas menerima apa pun yang terjadi. Banyak bersyukur dan nikmatilah kebahagian walau sekecil mana pun.
Semoga perkongsian post ini serba sedikit membuka minda anda terhadap punca penyakit manusia. Salah satu jalan untuk anda cuba ikhtiarkan kelak. InsyaAllah.
Sumber rujukan : Ustaz Dr Iqbal Zain al-Jauhari
No comments:
Post a Comment