Fakta Menarik Tentang Kentut





Kentut! Mungkin ada yang membacanya terasa gelihati. Walaupun kentut adalah sebahagian dari diri seorang manusia tetapi setelah anda mengetahui fakta tentang kentut pasti anda sedar fungsi Allah jadikan kentut pada makhluk ciptaan-Nya. 

Fakta Mengejutkan Tentang Kentut & Kesihatan


Kentut sesuatu yang sering buat kita ketawa malu. Tapi sebenarnya, ia adalah bahasa rahsia usus yang sihat. Dan di sebalik bau dan bunyi, ada fakta yang ramai tak tahu.

1. Kentut 10–25 kali sehari adalah normal.
Ia tanda usus aktif & bakteria baik sedang bekerja.

2. Kebanyakan kentut tidak berbau.
~99% komposisi gas ialah nitrogen, oksigen, karbon dioksida & metana yang tidak berbau.

3. Bau kuat datang dari sulfur.
Makanan tinggi sulfur seperti telur, daging merah & bawang hasilkan gas hidrogen sulfida (bau busuk).

4. Anda boleh kentut ketika tidur.
Otot lebih relaks, dan usus tetap bergerak walaupun tubuh rehat.

5. Kentut tak berbunyi biasanya lebih busuk.Ia bergerak perlahan, lalu lebih banyak gas sulfur terperangkap.

6. Kentut tak berbau biasanya dari udara yang ditelan. Contohnya ketika minum dengan straw, makan laju, atau banyak bercakap semasa makan.

7. Wanita juga kentut sama banyak dengan lelaki. Stereotaip salah tapi wanita biasanya lebih menahan dan melepaskan secara senyap.

8. Kentut berlebihan boleh petanda masalah kesihatan.
Contoh: intoleransi laktosa, (IBS), sembelit,

9. Diet tinggi serat hasilkan lebih kentut.
Serat tidak dicerna sepenuhnya di usus kecil → ditapai oleh bakteria di usus besar → jadi gas.

10. Tahan kentut terlalu lama boleh sebabkan gas naik ke atas.Ini boleh buat rasa kembung, sendawa berlebihan, atau tekanan dalam perut.

11. Stress boleh ganggu corak kentut.
Tekanan emosi mempengaruhi pergerakan usus dan pengeluaran gas.

Kentut tidak dapat dihentikan sepenuhnya.
Ia sebahagian dari fisiologi badan. Menahan kentut bukan sahaja tak selesa, malah boleh bawa kesan kesihatan.


Sumber : T.me/PetuaDanKesihatan

Kesimpulan

Rahsia kentut ini bukanlah rahsia sebenarnya. Ilmu Allah Maha Luas sehinggakan Rasulullah menggambarkan  ilmu manusia di dunia ini jika dirangkumkan hanya setitik dari seluruh lautan. 

Ramai yang tidak sedar tentang kelebihan kentut. Jika anda sentiasa kentut itulah tandanya usus anda sihat. 

Semoga post kali ni memberi manfaat kepada anda. Terima kasih. 

Related Post

No comments:

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Cari Artikel

Banner Promosi