Pagar Rumah & Premis

Khidmat pagar rumah dan pagar premis ialah pendinding secara Islam dengan bacaan ayat ruqyah di rumah, kedai, pejabat atau premis perniagaan anda. Khidmat ini dijalankan di lokasi pelanggan sekitar Banting, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan Klang.

Dari RM50ikut jenis rawatan
TemujanjiIsnin hingga Sabtu
BantingTaman Chodoi Bestari
Khidmat pagar premis secara Islam di pejabat pelanggan

Sesuai Untuk

  • Rumah baharu sebelum atau selepas berpindah
  • Rumah yang penghuninya berasa tidak tenang
  • Kedai, pejabat dan premis perniagaan
  • Premis yang ingin memulakan operasi dengan doa dan bacaan al-Quran

Bagaimana Khidmat Dijalankan

  1. Tempahan dan maklumat lokasi. WhatsApp kami alamat premis dan jenis bangunan.
  2. Lawatan ke premis. Juruterapi hadir pada masa yang dipersetujui.
  3. Bacaan ruqyah dan doa. Ayat al-Quran dan doa ma'thur dibacakan di sekitar premis.
  4. Nasihat amalan. Penghuni diberi panduan amalan untuk menjaga rumah atau premis.
Khidmat ini hanya menggunakan ayat al-Quran dan doa ma'thur. Tiada tangkal, azimat atau barang yang ditanam. Caj bergantung kepada saiz premis dan jarak perjalanan.

Soalan Lazim

Adakah perlu ada orang di premis semasa khidmat dijalankan?

Ya. Pemilik atau wakil premis perlu ada sepanjang khidmat dijalankan.

Kawasan mana yang diliputi?

Banting, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan Klang. Kawasan lain boleh dibincangkan.

Berapakah caj khidmat ini?

Caj bergantung kepada saiz premis dan jarak. WhatsApp kami untuk sebut harga.

Tanya Khidmat Pagar

WhatsApp kami untuk semak slot dan harga. Pelanggan wanita wajib hadir bersama mahram.

Tempah via WhatsApp 03-3122 7857

Servis lain: Bekam · Urutan · Krekk Method · Rukyah

WhatsApp Telefon